Home » » Akaun Facebook paparkan gambar gadis keadaan mengghairahkan

Akaun Facebook paparkan gambar gadis keadaan mengghairahkan

Written By online on Thursday, December 19, 2013 | 5:59 PM

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah  yang mula dikesan sejak lebih sebulan lalu. 

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun tersebut.
Share this article :

2 comments:

  1. This is a very well written post, my compliments. I’m glad to find your post. Keep sharing this type of stuff.
    Buy Assignment Online

    ReplyDelete
  2. This is something very important to understand, I really appreciate your efforts to share such information. Here I am also sharing some information that might be useful for students looking for Assignment Help , in various subjects like, MATLAB Assignment Help , or Matlab Assignment Help Online.

    ReplyDelete

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Gossip Hot Artis Malaysia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger